Mengapa Kapitalisma menjunam ke dalam krisis?

Kapitalisma adalah satu sistem produksi yang membawa huru-hara di luar jangkauan kawalan umat manusia. Ia di takdirkan untuk menolak masyarakat terjun kedalam suatu krisis yang maha dasyat. Namun mengapakah sistem ini membawa kita kepada krisis dan apakah alternatifnya?

2007-08 telah menyaksikan titik mula kepada satu krisis ekonomi dunia yang sama sekali berbeza daripada krisis yang pernah kita saksikan selama ini di dalam lipatan sejarah manusia. Semenjak penghujung Perang Dunia ke-dua sekurang-kurangnya tujuh kemeleseten ekonomi yang di catat secara rasmi, namun setiap kemelesetan itu selalunya di ikuti dengan proses pemulihan yang agak pantas. Namun kali ini situasinya amat berbeza. Tiada proses pemulihan atau pertumbuhan yang bisa disaksikan. Di seluruh Eropah (termasuk Britain), upah bertakung, bilangan warga tanpa pekerjaan terus meningkat, dan kos kehidupan terus meningkat dengan pantas. Semua ini berlaku didalam waktu yang sama dengan polisi penjimatan kerajaan dan pemotongan perbelajaan terhadap perkhidmatan awam. Kita diberitahu bahawa kita tiada lain pilihan; kita mesti bersama di dalam krisis ini, dan bebanannya mesti dikongsi bersama.

Namun tidak semua yang berlaku lewat hari ni adalah berita buruk - jika anda adalah orang kaya! Pada sebelah  penghujung skala sosial yang lain, kekayaan meningkat pada  kadar yang mencanak. Satu laporan oleh Oxfam menggambarkan bahawa secara global, pendapatan 1% golongan teratas telah meningkat sebanyak 60% semenjak dua dekad yang lepas. Kontradiksinya disini adalah terlampau besar. Bagaimana ini bisa berlaku tatkala kehidupan majoriti manusia yang lain semakin melarat? Soalan ini membawa kita menyelami kedasar akar sistem kapitalis, dan hingga sekarang, hanya satu bentuk analisis ekonomi yang mampu menghuraikannya secara menyeluruh, dan ia adalah Marxisma.

Karl Marx menjelaskan bahawa krisis ekonomi bukanlah hanya hasil daripada proses kitaran mekanikal ledakan dan pecah atau boom and bust, seperti pendulum yang menghayun ke satu arah dan kemudiannya menghayun balik kearah yang asal,seperti apa yang kebanyakan pakar ekonomi borjuis mahu kita percaya. Sebenarnya, berlaku krisis adalah kerana kontradiksi yang diwarisi didalam sistem kapitalis itu sendiri. Didalam ungkapan Karl Marx sendiri: “ Penghadang sebenar kepada produksi kapitalis adalah kapital itu sendiri” (Capital vol.3).

Teori buruh tentang nilai – the labour theory of value

Demi memahami punca yang membawa  kepada krisis, kita mesti melihat pada Teori Buruh tentang Nilai atau the labour theory of value – satu teori yang dibangunkan dan dibina oleh Karl Marxdiatas ekonomis klasik Adam Smith dan David Ricardo.

Teori Buruh tentang nilai ini menjelaskan bahawa nilai sesuatu komoditi itu ditentukan oleh jumlah buruh yang diletakkandi dalam proses mengeluarkan, membuat atau memproduksikan komoditi tersebut; “socially necessary labour”, “masa sosial buruh” adalah diperlukan. Tenaga buruh adalah ekspresi nilai yang paling tepat kerana ia adalah bahan sosial yang biasa di dalam segala benda yang dikeluarkan oleh masyarakat. Tenaga buruh menyelinap masuk kedalam segala benda.

Pertukaran nilai adalah satu penjelasan yang kristal tentang tenaga buruh yang diperlukan oleh tahap teknologi semasa sebuah masyarakat, dan purata kemahiran buruh didalam sesuatu lapangan. Harga pasaran sesuatu komoditi itu hanyalah sekadar ekspresi kewangan bagi nilai tersebut (wang itu sendiri merupakan satu komoditi). Kuasa pasaran iaitu bekalan dan permintaan atau supply and demand hanya mempengaruhi turun dan naik harga komoditi itu, tatapi tidak di dalam apa bentuk sekali pun berhasil menghuraikan pertukaran nilai ini pada satu titik dimana bekalan dan permintaan berada didalam satu keseimbangan.  

Produksi Berlebihan – Overproduction

Asas kepada sistem kapitalis adalah produksi atau pengeluaran yang bermotifkan keuntungan. Keuntungan ini terhasil daripada ‘nilai lebihan’ atau surplus value, yakni tenaga buruh yang tidak dibayar. Tapi bagaimanakah ini bisa terjadi (tenaga buruh yang tidakdibayar) apabila semua pekerja dibayar gaji? Jawapannya, secara ringkas, adalah pekerja tidak dibayar secara penuh,setimpal dengan nilai barangan yang mereka hasilkan.

Hari berkerja boleh dibahagikan kepada dua bahagian: satu bahagian pada hari itu di mana pekerja menghasilkan nilai gaji mereka; baki kepada hari itu, adalah tidak berbayar, pekerja menghasilkan “lebihan” nilai – nilai yang kapitalis dapat secara percuma.Lebihan nilai ini seterusnya samada dilaburkan semula ke dalam produksi, ataumasuk ke dalam kocek untuk kegunaan harian si kapitalis.

Gaji atau upah yang dibayar kepada pekerja hanya menghasilkan satu ilusi tentang sehari berkerja demi upah untuk sehari yang setimpal, namun fakta yang sebenarjumlah upah tersebut hanyalah wang yang diperlukan untuk mengekalkan pekerjatersebut; jumlah wang yang diperlukan untuk makanan, pakaian, perumahan,pendidikan dan sebagainya, lalu ini membenarkan eksploitasi ke atas tenaga buruh tersebut secara berterusan.   

Secara fakta kapitalisma berproduksi demi keuntungan – pekerja menghasilkan lebih banyak nilai jika dibandingkan dengan jumlah wang yang dibayar kepada mereka didalam bentuk gaji atau upah -bermakna gaji para perkerja tidak akan mungkin melepasi nilai yang telah dikeluarkan oleh masyarakat. Lalu akibatnya, pekerja tidak akan mampu untuk membeli balik sepenuhnya akan nilai yang mereka telah keluarkan secara kolektif. Ini bukan bertujuan menyatakan bawaha pekerja sebagai sebuah keluarga tidak mampu membeli ‘kemewahan’ kecil seperti television, komputer  dan sebagainya. Tetapi sebagai sebuah kelas,pekerja – yakni isirumah biasa – tidak mampu untuk membeli jumlah keseluruhan komoditi yang telah dikeluarkan oleh sistem kapitalis.

Sesiapa saja yang harus ‘menjual’ tenaga buruh mereka demi upah atau gaji adalah bisa dikelaskan sebagai pekerja,dan merupakan sebahagian daripada kelas pekerja. Kelas ini terdiri daripada majoriti besar didalam populasi, lalu ia juga merupakan bahagian yang paling besar sesebuah pasaran untuk komoditi. Kenyataan ini sahaja jika diteliti membuatkan sistem kapitalis itu sendiri terdedah kepada produksi berlebih-lebihan– produksi melebihi apa yang mampu diserap oleh pasaran. Ditambahi pula dengan jumlah semua kapitalis yang bersaing sesama sendiri keatas pasaran yang terhad,lalu kita akan mendapati gambaran yang lebih tepat akan skala yang sebenar masalah ini.

Bertentangan dengan apa yang dibahas oleh ekonomis kapitalis, kapitalisma sebenarnya tidak berproduksi diatas sebab untuk memenuhi keperluan didalam masyarakat, akan tetapi ia dilakukan dengan berpandukan dengan apa yang menguntungkan mereka. Kapitalis tidak berkeupayaan untuk mengambil kira akan fitrah pasaran itu yang sebenarnya terhad, yang merupakan hasil daripada sifat produksi demi keuntungan. Jadi demi survival diri, setiap kapitalis itu wajib membuat keuntungan, lalu aliran komoditi yang tiada pengakhiran mesti dicurahkan kedalam pasaran tanpa henti. Akhir sekali pasaran mencapai puncak musnahnya dengan cara dipejalkan oleh komoditi-komoditi yang tidak bisa dijual; sistem ini akhirnya berada didalam krisis – krisis produksi berlebih-lebihan.

Kapitalisma didalam Kebuntuan

Apabila golongan Marxist mengatakan bahawa kapitalisma sudah mencapai suatu tahap kebuntuan ia tidak bermakna bahawa krisis ini tidak bisa dipulihkan. Kapitalisma akan selalu mencari jalan keluar daripada krisis yang dalam. Namun menyatakan bahawa ekonomi akan pulih sebenarnya tidak bermakna apa-apa bagi kita. Persoalan yang sebenarnya adalah: berapa lama masa yang perlu diambil untuk pemulihan? Apa kosnya? Setakat ini kos kelihatan seperti terlampau besar untuk di tanggung oleh masyarakat.

Perang secara sejarahnya selalu menjadi cara yang terbaik untuk mengikis ‘kapasiti berlebihan’ – iaitu produksi berlebihan – didalam sistem, melalui kemusnahan kuasa produksi.  Walau bagaimana pun, di zaman moden in,perang seakan tiada didalam senarai pilihan sekurang-kurangnya didalam masa yang terdekat ini. Dengan pembangunan sistem persenjataan yang melewati paras kemusnahan total, konflik global akan mendatangkan risiko penghapusan keseluruhan umat manusia – yang bukan merupakan apa yang kapitalis mahu. Dan siapa yang akan berperang? Jadi daripada perang antara bangsa-bangsa,perspektif untuk perperangan adalah diantara kelas-kelas – perang kelas diantara 1% dan 99%.

Ekonomi Keynesian – idea yang menganjurkan kerajaan membuat pelaburan dan rangsangan untuk mengekalkan tahap permintaan – tidak juga menyelesaikan krisis; kerana kerajaan tidak punya wang untuk dibelanjakan. Sememangnya, pasaran kewangan meminta kerajaan untuk berbuat yang disebaliknya – untuk memotong perbelanjaan awam.Limpahan pelaburan kerajaan yang bersifat sementara hanya akan menyediakan pemulihan yang berjangka pendek ketahanannya. Paling kuat kerajaan hanya bisa berbelanja samada melalui cukai keatas kapitalis, maka memotong keuntungan mereka, atau melalui cukai keatas pekerja, maka tindakan itu akan mengecilkan permintaan, atau melalui penerusan defisit dan meningkatkan lagi hutang awam –hutang yang wajib di bayar balik dan sememangnya sudah berada pada hadnya yang maksimum.

Pada penghujung skala ekonomi yang bertentangan, adalah polisi kewangan – “keseimbangan belanjawan” dan “pasaranburuh yang fleksibel” – sama juga tidak dapat membantu. Kekangan berat keatas perbelanjaan kerajaan hanya akan mengakibatkan penurunan didalam penggunaan, dan menyulitkan lagi krisis, apatah lagi kehilangan pekerjaan secara besar-besaran dan penyakit sosial yang disebabkan oleh polisi kewangan tersebut. Lihat saja pada tahun-tahun awal Thatcher dan eksperimennya terhadap polisi kewangan. Diantara 1979 dan 1981 inflasi sebenarnya meningkat, bersama kehilangan pekerjaan, sementara ekonomi berterusan merudum. Pertumbuhan hanya berlaku selepas polisi kewangan dilonggarkan. Hari ini, kadar faedah sudah sedia pada tahap terendah, maka bank-bank pusat (central banks) tidak bisa menurunkannya lagi untuk menggalakan peminjaman – melainkan bank bersedia untukmembayar orang yang mahu membuat pinjaman!

Nampaknya pilihan yang popular dikalangan reformis lewat hari ini adalah “ cukai keatas si kaya”. Namun seperti yang Presiden Perancis François Hollande alami, mengenakan cukai keatas golongan kaya pada kadar yang tinggi adalah mustahil, kerana mereka secara sewenangnya bisa menutup kilang mereka dan berpindah kenegara lain. Inilah yang dikenali sebagai flight of capital atau penerbangan capital, dan perkara terakhir bagi negara yang dilanda krisis mahu adalah kehilangan pelaburan.

Amerika Syarikat, UK dan EU disaatini menggunakan taktik yang dikenali sebagai“quantitative easing”, atau secara mudahnya; mencetak wang. Tapi ini adalah proses yang boleh mengurangkan pulangan. Seperti penagih heroin, mereka mesti sentiasa meneruskan peningkatan dos dadah yang diambil demi mengekalkan impak  yang sama; mencurahkan wang kedalam ekonomi tanpa meningkatkan jumlah nilai yang dikeluarkan, akhir sekali menghala kepada inflasi yang dasyat dan akhirnya tidak menyelesaikan apa-apa.

Sosialisma satu alternative

Penjimatan kelihatan seperti suatu penyelesaian dibawah kapitalisma, dan kita tidak bisa melihat apa-apa melainkan pemotongan perbelanjaan diseluruh dunia. Kita diberitahu bahawa semua warga harus membayar kos untuk keluar daripada krisis ini. Malah pengulas-pengulas ekonomi kelas kapitalis terkenal menjangkakan bahawa polisi berjimat cermat ini akan berlangsung sekurang-kurangnya 10 tahun yang mendatang, dan berkemungkinan besar 20 tahun kemudian. Tapi masyarakat juga punya had didalam menerima kesemua kesan ini.

Ada satu alternative yang jarang sekali diperkatakan. Jika produksi didalam masyarakat diletakkan dibawah kawalan para pekerja dan dirancang secara rasional, maka hasil kekayaan didalam masyarakat bisa dibahagikan berdasarkan keperluan dan kehendak masyarakat berbanding dengan hanya sekadar keuntungan semata-mata. Masalah besar sosial dan ekonomi yang dihadapi oleh dunia boleh sahaja diselesaikan secara senang.

Dibawah kapitalisma, dengan krisisproduksi berlebihan ketika ini, wujud satu kontradiksi “kemiskinan ditengah-tengah kenikmatan”. Makanan yang dikeluarkan cukup untuk menyuap keseluruhan populasi dunia, namun jutaan manusia mati kelaparan setiap tahun. Rumah-rumah kosong berdiri sebaris bersama manusia yang tidak punya tempat untuk berteduh. Jutaan manusia tanpa perkerjaan, namun didalam masa yang samaada jutaan manusia yang terpaksa berkerja 50-60 jam seminggu.

Di bawah sosialis, rancangan produksi yang rasional dan demokratik, kita akan mampu untuk menyediakan pekerjaan yang penuh dengan mengurangkan jam berkerja secara ketara, gaji mampu hidup atau living wage, perumahan dan pelajaran untuk semua, perubatan percuma dan bayaran pencen yang berpatutan. Untuk mencapai cita-cita ini memerlukan kita mengambil alih perkakas ekonomi yang utama – bank, infrastruktur, dan syarikat-syarikat multinasional yang utama – menguruskannya demi kepentingan majoriti yang besar didalam masyarakat,bertentangan dengan kepentingan kapitalis – satu minoriti yang kecil.

Kapitalisma adalah sebuah sistem yang menyemai benih kemusnahannya sendiri, menyediakan tapak yang sesuai untuk revolusi. Dengan satu gerakan revolusi massa, satu program Marxist dan sosialis sebagai alternatif, kapitalisma dan masyarakat berkelas bisa dimansuhkan. Umat manusia bisa bergerak menuju kearah satu zaman yang baru, dan buat pertama kalinya bisa menyedari akan potensi mereka dengan sepenuhnya. Sosialisma tidak akan menjadi pengakhiran kepada sebuah sejarah, namun ia hanyalah suatu permulaan.